Cara mudah ajar anak minum pakai straw

Hai semua, harini saya nak share macam mana saya ajar anak saya pakai straw. Anak saya berumur 6 bulan bila kami mula mengajar dia minum memakai straw, dan dia sangat suka meminum air. Dan kami hanya mengulang step yang sama sehingga dia bisa minum pakai straw. Banyak cara sebenarnya untuk ajar baby kita minum memakai straw, terpulang kepada ibu bapa cara mana yang paling sesuai dan terbaik. Ada juga yang menggunakan cup Richell yang harganya ada sedikit mahal berbanding straw cup Pigeon yang saya gunakan. Cup jenis Richell juga mudah digunakan untuk ajar baby minum menggunakan straw sebab cup dia jenis material lembut, jadi bila ditekan air akan keluar dari cup. Untuk cup Richell saya sertakan link shopee https://shp.ee/xw5cmyd Saya guna straw cup brand Pigeon Mag Mag, yang ini cup dia jenis keras tapi straw dia jenis lembut. Tapi boleh juga digunakkan untuk mengajar baby. Jadi untuk ibu bapa yang mempunyai straw cup jenis ini saya share cara ajar baby minum. Boleh refer pada gambar.
Boleh dapatkan di shopee, saya sertakan link https://shp.ee/77i6qkd Ok, lepas tu ambil straw cup dan cabut straw dari penutup.
Straw dia ada dua bahagian, boleh dicabut dan disambung kembali. Ambil yang bahagian bawah dan masukkan ke dalam air. Lepas tu guna jari telunjuk tutup lubang straw bahagian atas supaya air terperangkap dalam straw.
Lepas tu sambil tutup lubang atas straw tu angkat straw berisi air dan suakan ke mulut baby dan lepaskan jari telunjuk secara perlahan lahan.
Mula mula, air akan tumpah sedikit sebab baby belum biasa lagi. Tapi ulang langkah di atas setiap kali bagi baby minum air, sesetengah baby lepas beberapa hari dah pandai, jangan risau kalau baby kamu mengambil masa lama ya, baby pasti akan dapat belajar juga nanti asalkan kita tidak putus asa ajar sampai pandai. Saya sertakan video di bawah ya untuk panduan lanjut. Terima kasih, semoga bermanfaat.

Comments